Monday 15 August 2011

Kenapa saya memilih emas sebagai instrumen pelaburan dan harta?

  1. Nilai emas yang bertambah naik (agak stabil)
  2. Nilai duit kertas yang semakin menurun
  3. Barang yang semakin mahal
  4. Taraf hidup yang tinggi
Sebenarnya apa puncanya? Inflasi .
Inflasi adalah sebab sebenarnya kenapa Armada memilih emas. Duit nilainya makin sedikit , barang semakin mahal dan emas adalah pengubatnya. Harga emas naik , barang naik, kira serilah tu. tapi kalau barang naik , duit jatuh, kalah teruk tu.

Inflasi tu apa ?

Inflasi membawa maksud kenaikan tingkat harga barang dan perkhidmatan secara umum dan terus menerus selama waktu tertentu .

Tanda-tanda inflasi?

1. Kenaikan harga- Harga suatu barang komoditi dikatakan naik jika menjadi lebih tinggi daripada harga bagi jangka masa sebelumnya.

2. Bersifat umum- Kenaikan harga suatu komoditi belum dapat dikatakan mengalami inflasi jika kenaikan tersebut tidak menyebabkan harga naik secara umum

3. Berlaku secara berterusan-Kenaikan harga yang bersifat umum tidak akan menyebabkan inflasi, jika terjadi dalam jangka waktu yang sekejab. Disebabkan hal ini, pengiraanya bersifat bulanan atau tahunan.

Kesan-kesan  Inflasi
 
Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi berkenaan.

Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku dengan ketara kepada pekerja-pekerja yang berpendapatan tetap.

Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang menabung, yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn ertikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.

Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.

Samada mahu atau tidak kita akan menghadapi perkara ini dan sedang mengalaminya sekarang. contoh: kalau dulu saya bersekolah, balik sekolah beli air batu tepi jalan harganya baru 20 sen. Sekarang? Paling murah RM 1.00. tengok inflasi tanpa disedari.

Harapan armada akan kita semua menyedari keadaan ini dan berusaha untuk mengatasinya (walau susah sekalipun) dan setakat ini armada melihat solusinya adalah emas & perak.

Insya Allah berusaha!!!!

Assalamualaikum semua

Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Armada sebenarnya kali pertama membuka dan berinteraksi dalam blog ini. Tujuan blog ini adalah untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat berkenaan emas, dinar, barang kemas, perak, dirham dan apa-apa jua berkaitan dengan emas dan perak. Banyak ilmu insya Allah dapat dikongsikan bersama dalam blog ini. Harapan armada agar usaha ini dirahmati dan diberkati Allah sentiasa serta dapat dimaafaatkan oleh semua.

Ya Allah berkatilah dan perkenankanlah hajat hambamu ini. Amin.